Friday, January 31, 2014

:: Tasbih Pilihan :: Tasbih 33 biji Ular Cintamani Emas Laut Merah



Tasbih 33 biji ini merupakan gabungan ular cintamani emas laut Merah dan ular cintamani hitam. Gabungan yang baik untuk dijadikan sebagai penawar dan juga mengelak binatang bisa terutama ular (dengan izin Allah swt).

Thursday, January 30, 2014

:: CIncin Terbaik :: CIncin Solid Iron Meteorite




Untuk dimaharkan cincin perak pahat bunga jawa dengan permata solid iron meteorite. Cincin bersaiz 17. Tawaran harga istimewa untuk peminat blog.

Wednesday, January 29, 2014

:: Koleksi Terbaik :: Gelang Fosil Tas (Telah ditebus)



Gelang ini diperbuat daripada fosil kayu tas sebanyak 16 biji. Menurut sahabat kami yan telah menguji akan fosil ini (ianya dengan izin ALLAH swt) dengan seekor beruk yang bengis (bengking bahasa kelantan) yang mana tuan sendiri digigitnya. Dengan izin ALLAH swt beliau dapat mengggosok beruk tersebut dan tiada tindak balas bengis daripada beruk tersebut.

Tuesday, January 28, 2014

:: Cincin Terbaik :: Cincin Besi Misteri (Telah ditebus)



Cincin perak tangkai kendi digabungkan dengan permata besi misteri. Untuk dimaharkan kepada sesiapa yang berminat.

:: Untuk Perhatian Hamba Allah, Singapura :: (Telah ditebus)



Untuk Perhatian Hamba Allah, Singapura
Cincin body besi meriam pecah dipasak besi 7 puting patah alami, tahi bintang dan besi misteri.

Monday, January 27, 2014

:: Untuk Perhatian Hamba Allah, Paka :: (Telah ditebus)

Untuk Perhatian Hamba Allah, Paka
Cincin perak pahat bunga jawa dipadankan dengan permata solid iron meteorite di pasak besi meriam pecah, besi misteri, fosil beko dan gemunggal

:: Cincin Istimewa :: Cincin Perak Zamrud Kalimantan (RM1XX)




Tawaran istimewa cincin perak pahat bunga jawa digabungkan dengan batu zamrud kalimantan warna hijau tua. Harga istimewa untuk peminat blog.

Saturday, January 25, 2014

:: Tawaran Istimewa :: Cincin Perak Zamrud Kalimantan (RM1XX/unit)




Tawaran istimewa daripada kami cincin perak pahat bunga jawa kuku 6 buatan tukang Morat, Kelantan. Cincin digabungkan dengan permata zamrud Kalimantan. Saiz cincin adalah 17. Harga adalah istimewa.

Tuesday, January 21, 2014

:: Koleksi Rare :: Fosil Teras Pisang Galo @ Benggalo


Fosil terbaru istimewa dan amat rare iaitu fosil teras pisang galo @ benggalo. Diperolehi secara istimewa dan khasiatnya termat bagus bagi pakaian diri dengan izin ALLAH swt.

Wednesday, January 15, 2014

:: Koleksi Terbaik dan Rare :: Gelang Gabungan 14 Jenis Fosil (Telah ditebus)




Gelang ini diperbuat daripada 14 jenis fosil dan setiap satu bersaiz L (besar). Antara gabungan fosil ialah kayu penawar, teras gemunggal hitam, teras keluat darah, teras kayu misteri, kayu tas merah, kayu kokka, teras gemunggal coklat, beko, rotan semambu (ada besi), buluh kuning, damar minyak, teras kayu urat songsang, teras pisang benggala @ galo dan kayu tas. Khasiat utama adalah pakaian diri, perubatan dan lain-lain.

:: Untuk Perhatian En Ghani, Terengganu :: (Telah ditebus)



Untuk Perhatian En Ghani, Terengganu
Cincin tangkai kendi kuku lipan permata batu jarum emas.

Monday, January 13, 2014

:: Cincin Terbaharu :: Cincin perak gabungan 3 warna firus



Koleksi cincin terbaru adalah gabungan 3 warna permata firus dalam satu cincin. Cincin pahat bunga jawa ini bersaiz 18 (boleh dibesar atau kecilkan) dan sesuai dipakai dengan kelainannya yang tersendiri. Tawaran harga istimewa.

Friday, January 10, 2014

:: Permata Pilihan :: Permata fosil beko berkalimah


Permata pilihan kami buat masa ini adalah permata fosil beko dengan kalimah "ALLAH" yang secara jelas kelihatan. permata ini bersiaz hampir 20sen.

Thursday, January 9, 2014

:: Tawaran Istimewa :: Cincin perak kuku suasa permata delima Afrika (Telah ditebus)

 
 delima afrika
Cincin perak berlian swiss sudut tepi dengan kuku diperbuat daripada suasa digabungkan dengan permata delima Afrika bersaiz hampir 10 sen. Cincin ini merupakan milik seorang teman yang ingin memaharkannya di bawah harga pasaran (harga pasaran RM980) dengan diskaun melebihi 50% . Saiz cincin adalah 13 dan boleh dibesarkan saiznya.

Wednesday, January 8, 2014

:: Koleksi Terbaru :: Fosil Teras Beko



Koleksi terbaru yang diperolehi adalah fosil teras beko yang diperolehi secara istimewa. Fosil beko ini amat sukar untuk dinyatakan warnanya ekoran kadang-kadang berubah warna dengan tindak balas alami. 

Tuesday, January 7, 2014

:: Makluman ::

Buat peminat blog KAYUDANTERAS. Pihak kami mempunyai masalah dengan talian 017 dan 016. Bagi tujuan menghubungi kami buat masa ini talian 016 dan 017 tidak dapat menerima panggilan masuk dan juga SMS.

Sekiranya ingin menghubungi kami sila berhubung melalui Whatapps, Viber atau We Chat ke talian 017 9397503. Pihak kami memnpunyai masalah dengan kedua-dua no HOTLINE tersebut dan di dalam proses memastikan line kembali aktif seperti biasa dalam masa terdekat. Harap MAAF.

:: Untuk Perhatian En Din, Shah Alam :: (Telah ditebus)


Untuk Perhatian En Din, Shah Alam
Permata fosil mani gajah purba jadi batu saiz besar.

Monday, January 6, 2014

:: Untuk Perhatian Pn N, Putrajaya :: Telah ditebus

Untuk perhatian Pn N, Putrajaya
Gelang ular cintamani emas laut Merah.

Thursday, January 2, 2014

:: Permata Istimewa :: Permata getah teras gemunggal

Permata diatas merupakan getah gemunggal bercampur dengan teras gemunggal (hitam). Antara khasiatnya adalah lebih kepada perubatan.

Wednesday, January 1, 2014

:: Permata Istimewa :: Permata fosil rotan semambu (tua) - Telah ditebus

 
Dua permata di atas merupakan permata yang dicanai daripada bongkah buluh semambu jadi batu. Bersaiz 10 sen dan mempunyai kehadiran besi (warna emas macam kursani). Antara khasiat adalah untuk pemakaian diri, pembisa terbaik, dan ketahan tubuh badan.